sing along :]

Wednesday, December 8, 2010

skyline :D





After a late night party, a group of friends are awoken in the dead of the night by an eerie light beaming through the window. Like moths to a flame, the light source is drawing people outside before they suddenly vanish into the air. They soon discover an otherwordly force is swallowing the entire human population off the face of the earth. Now our band of survivors must fight for their lives as the world unravels around them.

Tuesday, December 7, 2010

yeah,

yess! akhirnya dapat jugak tengok movie skyline. best gila tengok cerita tuu. mula mula ingt ta best. sebab nampak macam bosan jea. sebab kawan kakak cakap cerita tuu tak best. haha! but, bila da tgk ramai ramai best jugak, lagi punn cerita tuu tadela banyak cakap, so ta bosanlah, hehe. movie tuu lebih kurang dengan district 9 sebab, last sekali disrict 9 tuu, die jadi prawn, but cerita syline akhir sekali die jadi alien tuu, sebab otak die dah kena ambil dengan alien tuu, so, jangan terlambat tengok cerita tuu. hehe, actually, mana ada pegi cinema, tak suka and takut kot. lagi punn, bukan elok punn, pegi tempat tempat macam tuu. right ?baik tengok kat rumah boleh baring. baru syokk!.hehe, sorry, movie tuu bukan cektak rompak eah,, movie tuu download kot. haha! mana main cetak rompak nie. no class okay, haha!:P

Friday, December 3, 2010

Rahsia penciptaan buah delima :D


   Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.


  Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


     Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.


  Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.


     Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.


Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Wednesday, December 1, 2010

miss kiko. please don't go. :(

kiko da mati, ari tuu baru jea tau, tuu punn fara yang bagi tau, tuu punn dapat tau dari facebook. tak dapat jumpa kiko. tahla kat mana die tanam punn tak tau. kesian ari tu jumpa kiko punn mase tuu die sakit. silap makan kot. tulapasal sampai mati. haiz. nie punn nak jumpa kiki punn susah sbb tak pegi rumah fara. maybe die da balik melaka kot, sbb semalam die bagi tau die nak balik melaka. :(. ala, tak bestla kiko tak de. selalunya mesti malam2 main ngn die sebelum tido. :(

syokkk!

tadi baru jea lepas siap buat lagu kat blog, tuu punn kaka yang buat. thanks:D kalau tidak sampai sekarng ta siap2. hahaha! lawak, yela, mana tau baru jea hari nie buat blog so, tak tau sgtla. tentang nie. haha! pass tuu, thanks bnyk kat kaka sbb die da deletekan aku punya blog yang lain kalau tak ta habis2 try nak delate. haiz,,
haha! lawakkan aku nie ? benda yang senang punn tak tau lagi. haha! tak pape.

Tuesday, November 30, 2010

hyeyo!



 lupala nak cerita, hari tuu, hari raya haji. actually, balik melaka best gila! paling best bila malam. i ngn fara (cousin) asyik pozing jea. biasela perempuan bila jumpa jadi gila! haha! gilakan camera katanya. haha! masetula kite org cepat2 amik tudung ngn amek gambar then, ltk kat facebookla. wakakka! macam perasan cantik jea. haha! but not badla right ? pic tuu. and the best gak, dapat main dengan kiki, kiko and ngiau. haha! rindula kat binatang tuu. biase, kalau siang mesti main ngn dieorg, but bila da balik KL ta dapatla jumpa dieorg, lagi2 ngiau, kat melaka tuu, hehe..sorry! gambar sebenarnya banyak but da banyak buang so yg tinggal yg nie jea. hehe:D